Oct 17, 2010

renungan..=)

jika kamu memancing ikan,setelah ikan itu melekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu,janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula kedalam air begitu saja,kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu,dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup..

begitu jugalah setelah kamu memberi byk pengharapan kepada seseorang,setelah ia mulai menyayangimu,hendaklah kamu menjaga hatinya,janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja,kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..




Jika kamu menadah air,biarlah berpada-pada,janganlah terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh,cukuplah sekadar keperluanmu,apabila sekali ia retak,tentu sukar untuk kamu mencantumkannya semula,akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapaat digunakan lagi..

begitu juga jika kamu memiliki seseorang,terimalah dia seadanya,janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa,anggaplah dia seperti manusia biasa,apabila sekali dia melakukan kesilapan ,bukan mudah untuk kamu menerimanya ,akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya,sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berkekalan hingga ke akhirnya..




Jika kamu memiliki sepinggan nasi,yang pasti baik untuk dirimu,mengenyangkan,berkhasiat..
mengapa kamu berlengah?cuba mencari makanan yang lain,terlalu ingin mengejar kelazatan,kelak,nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya,kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu,menyayangimu,mengasihimu,mengapa kamu berlengah?terus mencuba membandingaknnya dengan yang lain,terlalu ingin mengejar kesempurnaan,kelak,kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain,kamu juga yang akan meyesal di kemudian hari..

♥♥♥

3 comments:

Dear Allah, I don't know your plan for me and at times it can be scary, but I know you have a purpose for me and everything I am going through is for good reason.