Hawa,
andai engkau masih remaja,jadilah anak yang soleh,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau seorang ibu,didiklah anakmu sehingga ia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah..
Hawa,
andai engkau belum berkahwin,jangan engkau risau akan jodohmu,ingatkah Hawa janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,jangan menggadaikan maruahmu hanya kerana seorang lelaki..
Hawa,
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki kerana engkau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya..
Hawa,
lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya,serta kemampuannya menggoncang iman mereka..
tetapi Hawa,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan addinnya..
awas,
ada cinta kerana wang dan harta,cinta kerana kecantikan..CINTA PALSU..
CINTA SUCI SUKAR DITEMUI TETAPI IA TETAP ADA
oleh itu Hawa,
jagalah pandanganmu,jagalah pakaianmu,jagalah akhlakmu,dan kuatkan pendirianmu..
andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,cukuplah hanya cinta dari Allah menyinari dan memenuhi jiwamu..
Hawa,
cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga mencintai Allah..
dipetik dari novel Rindu dan airmata Di K'ziot
p/s=sangat suka dgn kata2 ni..lagi2 yang last tu..insyaallah..=)
No comments:
Post a Comment